MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PEPERIKSAAN STUP 2016
Pada hari Selasa, 3 Januari 2017 telah diadakan satu majlis bagi memberi penghargaan kepada pelajar cemerlang Peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok 2016. Majlis telah diadakan di Dewan Tok Kenali, Pusat Pengajian Pondok YIK. Majlis yang bermula pada pukul 11 pagi itu telah dirasmikan oleh wakil dari Yayasan Islam Kelantan iaitu En Sabri. Pencapaian pada tahun ini meningkat berbanding tahun 2015 yang mana bilangan pelajar yang mendapat pangkat Mumtaz adalah seramai 11 orang berbanding 5 pada tahun 2015.