• LAMAN UTAMA
  • TENTANG KAMI
    • SEJARAH PENUBUHAN
    • KAKITANGAN
    • VISI DAN MISI
    • GALERI
    • PETA
    • KERATAN AKHBAR
  • PENGAJIAN
    • PERINGKAT SPM
    • TAHUN 1 PONDOK
    • TAHUN 2 STUP
    • TAHUN 3 STAM
    • TAHUN 4 ( 1 ALIAH )
    • TAHUN 5 ( 2 ALIAH )
    • TAHUN 6 ( 3 ALIAH )
  • HUBUNGI KAMI
  • LAMAN WEB YIK

PERINGKAT PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Terdapat tiga peringkat pengajian yang ditawarkan di Pusat Pengajian Pondok iaitu:

1. Peringkat Tamhidi  (SPM).
2. Peringkat Thanawi  (STUP & STAM).
3. Aliah (Diploma Pengajian Islam dan Bahasa Arab)


Peringkat Tamhidi (SPM)

Peringkat pertama iaitu Marhalah Tamhidiah ialah untuk menyediakan para penuntut dengan asas-asas pengajianTurath  Islam dan Bahasa Arab selama setahun disamping berpeluang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Peringkat Thanawi (STUP & STAM)

Peringkat Kedua ialah Marhalah Thanawiah yang merupakan pengajian talaqqi yang bersistematik yang berasaskan kajian teks ( Ad-Dirasah An-Nassiyah: الدراسة النصية  ) dalam tempoh 3 tahun pengajian (6 penggal persekolahan) yang mana pelajar akan menempuh 2 bentuk peperiksaan utama iaitu Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP)yang dikelolakan oleh Lembaga  Pepeiksaan Yayasan Islam Kelantan iaitu pada  penghujung  tahun kedua pengajian. Manakala pada tahun ketiga para pelajar berpeluang menjadi calon untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mengikuti kurikulum tersebut di samping kurikulum pondok -di institusi ini.

Aliah (Diploma Pengajian Islam dan Bahasa Arab)

Peringkat ketiga ialah Marhalah Aliah iaitu pengajian tinggi yang berpaksikan secara asasnya di atas kajian teks ( Ad-Dirasah An-Nassiyah: الدراسة النصية )  ) di dalam pelbagai lapangan disiplin keilmuan Islam dan Bahasa Arab daripada kitab-kitab yang muktabar (berautoriti) dalam lapangan tersebut dalam tempoh 3 tahun akademik (6 semester) yang mana para pelajar akan diuji dalam setiap matapelajaran bagi setiap semester secara lisan dan bertulis disamping diberikan latihan dalam menyediakan kajian ilmiah dan latihan amali pengajaran selama 9 minggu untuk melayakkan diri dengan pengurniaan Diploma Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Pusat Pengajian Pondok yang diiktiraf di oleh YIK.

Powered by Create your own unique website with customizable templates.